IPG Kampus Pendidikan Teknik

IPG Kampus Pendidikan Teknik

Isnin, 4 Julai 2011

Sesi 1: Sesi mencipta blogspot.


Tarikh: 20110704
Masa: 1700
Tempat: Sektor A-0-2

Bagi memulakan tugasan SCE 3114: Sains, Teknologi & Masyarakat ini, saya dan rakan-rakan saya diwajibkan untuk membina satu laman blog berkenaan dengan proses projek mini yang akan kami lakukan. Oleh itu, saya dan rakan-rakan telah berpakat untuk membina laman blog ini seawal yang mungkin bagi memastikan setiap proses bagi projek mini kami tersebut akan dapat dicatat secepat yang mungkin di dalam laman ini.

Selepas beberapa saat menajamkan fikiran bagi memilih tajuk yang sesuai, saya dengan sebulat suara hati saya telah sepakat untuk memilih SERONOKNYA SAINS sebagai tajuk blog kami memandangkan kami adalah pelajar Pengajian Sains dan juga bakal menjadi guru Sains. Tidak salah rasanya mengabadikan Sains sebagai nama laman rasmi kami ini kerana projek mini kami ini juga seratus peratus berkaitan dengan Sains.

Setelah pasti dengan nama tersebut, tanpa membuang masa saya terus menekan papan kekunci untuk membina alamat e-mail dengan nama tersebut. Selesai membina alamat e-mail, saya menekan pula BLOGGER pada ruangan Miss Google untuk membina laman sesawang blogspot ini.

Tidak banyak masalah yang saya hadapi dalam membina laman blog ini kerana aplikasi yang disediakan amat mesra pengguna. Dianggarkan masa yang saya ambil untuk membina blog ini hanyalah 15 minit dan saya mengharapkan sesi pertama ini dapat diteruskan oleh rakan-rakan yang lain untuk memastian proses projek mini berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Sekian sahaja sesi pertama kami. Jumpa lagi dilain hari. Adios!



DICATATKAN OLEH: AZHAMHASHIM