IPG Kampus Pendidikan Teknik

IPG Kampus Pendidikan Teknik

Isnin, 26 September 2011

Sesi 11: Proses Menyediakan Info Board

Assalamualaikum.....

Selain model rumah solar panel, kami juga menyediakan sebuah info board yang memuatkan info-info tentang tenaga solar.

Kami menyediakan info board ini untuk memudahkan pengunjung-pengunjung pameran membaca maklumat tentang tenaga solar.

Berikut merupakan proses-proses yang berlaku ketika kami sedang menyediakan info board tersebut:

Inilah hasil akhir bagi info board kami. Anda semua boleh melihatnya di pameran kami hari ini.=]

Setakat ini saja pertemuan kita hari ini. Adioss

Sesi 10: Akhirnya siap juga....

Assalamualaikum...

Setelah membuat beberapa perubahan kecil pada model kami iaitu pada bahagian solar panel dan tapak.. Kami akhirnya berpuas hati dengan produk kami.
Kami merasakan kami telah melakukan sesuatu yang terbaik yang dapat kami buat.

Ini merupakan produk akhir kumpulan kami.



Nantikan pameran kami di tepi Jabatan Sains pada 27/9 ini.
Datang jangan tak datang...=]

Dicatatkan oleh: AzhamHashim

Ahad, 25 September 2011

Sesi 9: Kelebihan & Kekurangan Tenaga Solar

Assalamualaikum....

Kali ni kami nak menerangkan serba sedikit tentang kelebihan dan kekurangan Tenaga Solar. Maklumat ini sebenarnya adalah maklumat yang akan kami bentangkan pada pameran nanti. Tapi memandangkan hari pameran lambat lagi, kami berikan sedikit info ini kepada anda semua. Kalau nak tahu lebih lanjut. Jemput-jemput la ke pameran kami nanti yer.

Bila pameran?? Tarikh pameran masih belum dapat dipastikan.Pasal tu kami akan maklumkan kemudian yer.

So, enjoy la sedikit info dari kami ni ek.=]

Kelebihan Tenaga Solar

Kekurangan Tenaga Solar

Itu sahaja info dari kami untuk hari ini. Semoga maklumat ini berguna kepada anda.See ya next time!=]

Dicatatkan oleh: AzhamHashim

Sabtu, 24 September 2011

Sesi 8: Proses Menambahbaik Model Rumah Solar Panel

Assalamualaikum.....


Tarikh: 20110924
Masa: 2250
Tempat: Sektor A-0-2 


Memandangkan kami belum menyiapkan model tersebut secara sepenuhnya, beberapa penambahbaikan telah kami lakukan keatas model tersebut.


Penambahbaikan pada pintu, tingkap dan bumbung telah dilakukan untuk menjadikan model tersebut lebih menarik.
Beberapa perhiasan seperti pasu juga ditambah bagi memastikannya lebih cantik.




Walaubagaimanapun, model tersebut tetap perlu ditambahbaik kerana ia masih tidak siap sepenuhnya.


Kami akan mencantikkannya lagi sedikit demi sedikit.  Setakat ini sahaja entri kami untuk hari ini.
Jumpa lagi dilain masa.


Adios!
Dicatatkan oleh: AzhamHashim

Jumaat, 23 September 2011

Sesi 7: Proses Menyiapkan Model Rumah Solar Panel

Assalamualaikum...

Tarikh: 20110923
Masa: 1430-1730
Tempat: Sektor A-0-2

Pada entri kali ini, saya ingin menunjukkan kepada anda semua tentang proses yang berlaku ketika kami sedang menyiapkan Model Rumah Solar Panel kami ini.

Pada peringkat awal, terdapat sedikit perselisihan pendapat yang berlaku antara kami bertiga berkenaan tentang rekaan manakah yang patut kami bina. Namun begitu, setelah berbincang secara profesional, kami telah sepakat untuk membina sebuah model rumah 2 tingkat.

Tanpa melengahkan masa, kami bertiga terus berusaha membina model rumah solar panel kami tersebut. Agak sukar juga bagi kami pada permulaan proses tersebut kerana kami terpaksa menyiapkan rangka rumah tersebut terlebih dahulu tanpa bahan yang mencukupi.

Walaupun kami telah ke Tesco sebelumnya untuk membeli kelengkapan rumah terbabit, terdapat beberapa bahan yang kami terlupa untuk membelinya. Ini menyebabkan proses menyiapkan model rumah tersebut terganggu seketika.

Walau bagaimanapun, kami berjaya menangani masalah tersebut dengan beberapa bahan yang lain. Kami membahagikan tugas untuk memastikan kerja yang dilakukan lebih sistematik. Saya telah menolong Quek untuk menyiapkan rangka rumah manakala Syamsul telah ditugaskan untuk menyiapkan tingkap bagi rumah tersebut.

Setelah bertungkus-lumus selama lebih 3 jam, akhirnya kami berjaya menyiapkan 90% daripada model rumah tersebut. Kami berjanji untuk menambahbaik model kami tersebut supaya hasil yang lebih baik dapat dihasilkan.

Berikut merupakan gambar-gambar ketika kami sedang menyiapkan model rumah solar panel tersebut:


 



Setakat ini sahaja entri kami bagi kali ini. Nantikan perkembangan kami pada entri-entri yang akan datang.

Adios!

Dicatatkan oleh: AzhamHashim

Khamis, 22 September 2011

Sesi 6: Proses Membeli-Belah Bahan-Bahan Model Rumah Solar Panel

Assalamualaikum....

Tarikh: 20110923
Masa: 1130
Tempat: Tesco

Sebaik sahaja tamat Seminar Pembentangan Kajian Tindakan buat hari ini yang juga hari terakhir pembentangan, saya dan rakan-rakan terus bergegas ke Tesco untuk membeli bahan-bahan bagi pembinaan model Rumah Solar Panel kami.

Dengan menaiki kereta Quek, kami sampai di Tesco kira-kira jam 11.40 pagi. Tanpa membuang masa, kami terus ke bahagian alat tulis yang terletak di tingkat atas bangunan Tesco. Tidak banyak bahan yang kami perlukan bagi pembinaan model tersebut. Namun agak sukar bagi kami untuk memilih bahan terbaik yang sesuai untuk membina model tersebut.

Setelah puas mengelilingi bahagian alat tulis tersebut, kami akhirnya berjaya mencari bahan-bahan yang kami perlukan tersebut. Antara bahan-bahan utama yang kami beli ialah 2 mounting board, 4 corru board dan 2 elephant gum. Kami mengharapkan kesemua bahan-bahan ini mencukupi bagi membina model rumah solar panel tersebut.

Berikut merupakan aksi-aksi kami ketika membeli-belah bahan-bahan tersebut:






Jangan lupa ikuti proses pembuatan model rumah solar panel kami pada entri yang akan datang!

Adios.

Dicatatkan Oleh: AzhamHashim

Sesi 5: Pemilihan Reka Bentuk Rumah Solar Panel

Tarikh: 20110922
Masa: 0100
Tempat: Sektor A-0-2

Setelah pasti untuk membina sebuah model rumah yang menggunakan sel solar sebagai sumber tenaga, kami telah mencari beberapa rekabentuk rumah yang sesuai di beberapa laman sesawang.

Berikut merupakan beberapa rekaan yang mungkin menjadi pilihan kami.


Nantikan model kami yang akan kami siapkan dalam masa terdekat.Tungguuuuuuuu!

Dicatatkan Oleh: AzhamHashim