IPG Kampus Pendidikan Teknik

IPG Kampus Pendidikan Teknik

Jumaat, 23 September 2011

Sesi 7: Proses Menyiapkan Model Rumah Solar Panel

Assalamualaikum...

Tarikh: 20110923
Masa: 1430-1730
Tempat: Sektor A-0-2

Pada entri kali ini, saya ingin menunjukkan kepada anda semua tentang proses yang berlaku ketika kami sedang menyiapkan Model Rumah Solar Panel kami ini.

Pada peringkat awal, terdapat sedikit perselisihan pendapat yang berlaku antara kami bertiga berkenaan tentang rekaan manakah yang patut kami bina. Namun begitu, setelah berbincang secara profesional, kami telah sepakat untuk membina sebuah model rumah 2 tingkat.

Tanpa melengahkan masa, kami bertiga terus berusaha membina model rumah solar panel kami tersebut. Agak sukar juga bagi kami pada permulaan proses tersebut kerana kami terpaksa menyiapkan rangka rumah tersebut terlebih dahulu tanpa bahan yang mencukupi.

Walaupun kami telah ke Tesco sebelumnya untuk membeli kelengkapan rumah terbabit, terdapat beberapa bahan yang kami terlupa untuk membelinya. Ini menyebabkan proses menyiapkan model rumah tersebut terganggu seketika.

Walau bagaimanapun, kami berjaya menangani masalah tersebut dengan beberapa bahan yang lain. Kami membahagikan tugas untuk memastikan kerja yang dilakukan lebih sistematik. Saya telah menolong Quek untuk menyiapkan rangka rumah manakala Syamsul telah ditugaskan untuk menyiapkan tingkap bagi rumah tersebut.

Setelah bertungkus-lumus selama lebih 3 jam, akhirnya kami berjaya menyiapkan 90% daripada model rumah tersebut. Kami berjanji untuk menambahbaik model kami tersebut supaya hasil yang lebih baik dapat dihasilkan.

Berikut merupakan gambar-gambar ketika kami sedang menyiapkan model rumah solar panel tersebut:


 



Setakat ini sahaja entri kami bagi kali ini. Nantikan perkembangan kami pada entri-entri yang akan datang.

Adios!

Dicatatkan oleh: AzhamHashim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan